SELAMAT HARI JADI PUTERIKU

14/05/2010

 

Sebelas thn yg lalu….di hari yang sama…diri ini masih berada di ‘labour room’ menantikan saat untuk melahirkan anak sulung. Ketika itu diri ini  menanggung kesakitan yang teramat sangat demi utk menyelamatkan seorang lagi hamba Allah yang akan melihat dunia. Jam 4 ptg, the doctor said that im not progressing. Terpaksa diri ini dibedah. Jam 4.30pm suami menandatangani persetujuan utk diri ini dibedah dan diikuti tandatanganku. Saat diri ini disurung ke bilik bedah, tidak ada yang ada di fikiran kecuali keselamatan anak damit yang dikandung. Setelah bersalaman dengan suami dan bonda untuk memohon kemaafan seandainya umur ini hanya dipinjamkan sementara cuma.

Tepat jam 5.41pm, puteriku selamat di’angkat’ dari rahim. Tapi hati terasa gelisah kerana suara tangisnya belum kedengaran sedangkan doktor lain yang berada di sampingku mengucapkan congratulation!…aku dapat baby girl. Akhirnya suara tangisan yang kuharapkan, memenuhi ruang bilik bedah. Aku berpeluang melihat puteriku yang berkulit ‘pink’ di atas kepalaku. Air mata bertitisan tanda syukur kerana bertambah lagi umat Nabi Muhammad. Kini tinggal aku menunggu proses perutku dijahit.

Setelah selesai, tiba masanya ku d usung ke wad yang ditentukan, diiringi dengan azan maghrib yang dilaungkan melalui surau hospital. Ku bersyukur, meskipun inilah saja satu-satunya zuriatku yang ada…ku tetap bersyukur ke atas kebesaran Ilahi.

Kini, anakku…kau dah meningkat remaja. Fahamilah keperitan dan kesakitan bonda tatkala melahirkan mu. Semoga dikau berjaya dalam pelajaran dan menjadi anak yang solehah…amin…


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.