SELAMAT HARI JADI PUTERIKU

 

Sebelas thn yg lalu….di hari yang sama…diri ini masih berada di ‘labour room’ menantikan saat untuk melahirkan anak sulung. Ketika itu diri ini  menanggung kesakitan yang teramat sangat demi utk menyelamatkan seorang lagi hamba Allah yang akan melihat dunia. Jam 4 ptg, the doctor said that im not progressing. Terpaksa diri ini dibedah. Jam 4.30pm suami menandatangani persetujuan utk diri ini dibedah dan diikuti tandatanganku. Saat diri ini disurung ke bilik bedah, tidak ada yang ada di fikiran kecuali keselamatan anak damit yang dikandung. Setelah bersalaman dengan suami dan bonda untuk memohon kemaafan seandainya umur ini hanya dipinjamkan sementara cuma.

Tepat jam 5.41pm, puteriku selamat di’angkat’ dari rahim. Tapi hati terasa gelisah kerana suara tangisnya belum kedengaran sedangkan doktor lain yang berada di sampingku mengucapkan congratulation!…aku dapat baby girl. Akhirnya suara tangisan yang kuharapkan, memenuhi ruang bilik bedah. Aku berpeluang melihat puteriku yang berkulit ‘pink’ di atas kepalaku. Air mata bertitisan tanda syukur kerana bertambah lagi umat Nabi Muhammad. Kini tinggal aku menunggu proses perutku dijahit.

Setelah selesai, tiba masanya ku d usung ke wad yang ditentukan, diiringi dengan azan maghrib yang dilaungkan melalui surau hospital. Ku bersyukur, meskipun inilah saja satu-satunya zuriatku yang ada…ku tetap bersyukur ke atas kebesaran Ilahi.

Kini, anakku…kau dah meningkat remaja. Fahamilah keperitan dan kesakitan bonda tatkala melahirkan mu. Semoga dikau berjaya dalam pelajaran dan menjadi anak yang solehah…amin…

One Response to SELAMAT HARI JADI PUTERIKU

  1. drzaims says:

    Assalamualaikum,

    Tahniah atas hari jadi anaknda yang tercinta semoga semuanya dirahmati Allah jua. Tidak ada yg bernilai di atas dunia ini melainkan anak2 yg soleh dan rezeki yg halal. Keduanya memaut erti kasih sayang kepada alKhaliq yg berkekalan dan rasa syukur yg sepatutnya tanpa belah bagi kerana pentas ini hanyalah singkat dan jaraknya juga tidak jauh sebagaimana yg difikirkan. Jadilah anak2 itu pentas untuk kita bersenang2 diakhirat nanti, kerana doa mereka yg berkat hasil didikan ibu bapa yg saban waktu tanpa jemu berdoa utk kebaikannya.

    Amin

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.