|
MasyaAllah
06/04/2011Manisnya Ilmu
06/04/2011
Ilmu yang diperolehi semalam walaupun sedikit amat bermakna. Taklimat yang disampaikan memberikan pengajaran yang berguna untuk diaplikasikan. Apabila terpandangkan suasana masjid-masjid di dalam laman sesawang itu, hati amat merinduinya. Bilakah masanya ku berpeluang menjejaki bumi mekah dan madinah…Semoga ada kesempatan dalam masa yang terdekat ini…amin…
Syukran kepada yang menyampaikan taklimat. Semoga ilmu ini menjadi amal jariahmu. Teruskan perjuangan!
Pengajaran Semalam
05/04/2011Bahasa Arab adalah bahasa ilmu- pengajaran yang diperolehi semasa menonton program ceramah di tv Brunei malam tadi.
Pakaian yang disapu minyak wangi yang mengandungii alkohol dan dibawa solat adalah dimaafkan kerana kandungan alkohol di dalam minyak wangi adalah dalam peratus yang kecil sahaja. Ia bukanlah jenis alkohol sepertimana alkohol yang dibubuh di dalam arak- Ilmu yang diperolehi semasa menonton program bersama Datuk Masyitah malam tadi.
Posted by safyah