09 Januari 2010 10pm
Lembaran di tahun baru membuka tirainya. Memang sudah suratan takdir, aku akan menghadapi satu ujian yang tak mungkin dilupakan seumur hidupku. Inilah dinamakan dugaan, setakat mana hambaNya redha di atas apa yang terjadi. Di awal tahun hijrah 1431H, Allah mengujiku dengan ujian yang sukar untuk kugapai. Azam, tekad dan semangat di tahun hijrah menyemarakkan laluan hidupku yang penuh ranjau dan duri. ‘Penghijrahanku’ disambut dengan dugaan yang menggugat azam, tekad dan semangat yang kutanamkan semasa membaca doa akhir dan awal tahun ketika berada di ‘perantauan’.
Terlalu kejam manusia yang dikuasai dengan perasaan EGO dan tidak mengakui kelemahan diri. Kita tak akan selamanya menongkat langit, ada kalanya kita akan berada di atas dan tidak mustahil ada ketikanya kita akan ‘terjelumpuk’ ke tanah bak buah nangka bergolek-golek menanti untuk menjadi santapan sang tepung, santan dan air. Aduh…betapa sadisnya seandainya perkara itu terjadi di depan mata. Tiada niat untuk membalas di atas perbuatan yang telah MENGGORES hati dan MENGHANCUR LULUHKAN perasaan.
Beberapa hari diri ini bermandikan air mata yang tak mungkin akan berhenti selagi memikirkan ujian yang melanda. Adakah dengan segala ujian ini, Allah hendak menaikkan darjatku agar sentiasa berMUHASABAH diri? Puas mencari untuk mengembalikan kekuatan diri, namun belum kutemui penawar dari ‘asid’ yang telah dicurahkan ke muka yang penuh dengan jerawat.
Ujian demi ujian dipikulkan ke bahuku. Ujian suami menderita sakit belum lagi terlerai dan tak pasti bila sembuhnya, datang lagi ujian yang menggoncangkan iman. Bak kata pepatah, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Saat demi saat, minit demi minit, jam demi jam…kucuba mengenali diri. Alhamdulillah, Allah sayangkan hambaNya, dorongan suami dan ibu bapa menjadi pemangkin kekusutan fikiran yang sedang mencengkam jiwa.
Pada 18 Muharram 1431/ 04 Januari 2010 adalah tarikh yang sukar untuk dilupakan. Diri ini diSINGKIRkan dari tugas yang pernah dipertanggungjawabkan sebelum ini dengan pelbagai alasan dan fitnah yang membuka keAIBan ku. Satu yang cukup ku terkilan, ’seseorang’ yang berperanan menjadi NADI PENGGERAK di sesebuah organisasi dengan mudah menerima alasan dan tohmahan si pengHASUT. Di manakah keWIBAWAan dan keTEGASAN beliau dalam membuat keputusan dan menentukan arah tuju? Walau bagaimanapun aku pasrah di atas keputusan ini kerana ’seseorang’ itu tersepit dengan pertalian darah. Siapa tau rezekiku di sini. Siapa tau aku akan menjadi insan yang paling lemah yang tidak sanggup menghadapi setiap rintangan. Segalanya MUNGKIN!!!!.
Buat sahabatku HJH S , engkaulah sahabatku dunia akhirat. Engkau sajalah yang dapat memahami isi hati perut jantung kulitku. InsyaAllah seandainya nyawa ini diambil dengan jangka waktu yang SINGKAT ini, akan kuwasiatkan agar warisku terutama anak kesayanganku, membalas jasa baikmu dengan apa cara sekali pun. Pemberian yang MURAH tapi berHARGA adalah DOA.
Buat sahabat-sahabatku HJH N & HJH N, kalianlah sahabatku yang ku kenali sepanjang pengajianku. Sukar bagiku membalas kebaikan kalian, hanya yang termampu bagiku, AKU BELANJA, NIATKU SUDAH
. Waimapun demikian, setiap solatku kumohonkan kebahagiaan buat kalian berdua. Untuk HJH N, selamat menempuhi alam rumahtangga..WELCOME TO THE CLUB. Buat HJH N, kudoakan semoga dikau bertemu jodoh yang soleh dan beriman. Ketabahan dan kesabaranmu menjadi sumber inspirasiku. Aku seolah-olah di AMBANG title yang kau sandang. Namun aku tidak gentar, berpantang maut sebelum ajal. (apa maut? Apa ajal? ). Al-fatihah buat arwah suamimu, semoga dia berada bersama-sama para solehin di syurga..Amin…
Buat rakan-rakan yang memberikan sokongan moral, syukran jazilan. Hanya Allah yang memberi ganjaran setiap patah perkataan semangat yang kalian ungkapkan. Bagi yang memperli, menambah kedukaan di hati ini, yang menokok tambah cerita..terima kasih jua kuucapkan. Kini barulah ku tau mana intan mana kaca, mana emas mana masGOLD, mana KAWAN mana LAWAN, mana yang hanya mengambil KESEMPATAN dalam KESEMPITAN, mana yang menggunakan kelemahanku sebagai seorang wanita dan mana yang menghargaiku sebagai pencetus kebahagiaan. HARI NI HARI KAU…ENTAH-ENTAH ESOK, HARI KAU PULA…fikir-fikirkanlah….
Jumaat 22 Muharram 1431/08 Januari 2010, Allah telah menemukan aku dengan satu artikel yang memberi seribu satu manfaat. Terima kasih MINGGUAN WANITA. Semoga penulis artikel tersebut sentiasa di dalam lindungan Allah,diberkati dan dirahmati Allah.
Satu ’artikel’ mengenai temubual wartawan dengan seorang pakar motivasi menjadi PENDORONG semangat ku yang hampir hendak roboh. Dari sini aku belajar untuk merawat hati yang sentiasa memikirkan sesuatu yang negatif. Jawapan pakar ini akan ku ingati dan menjadi penyuluh perjalanan hidupku yang berliku:
Apa rahsia Dr. kekalkan keremajaan?
Tentunya aktifkan hidup, rasa bahagia sentiasa serta tak perlu ada masalah dengan orang. Kalau orang nak cari masalah dengan kita, mereka tanggunglah akibatnya di akhirat, sebab saya tak amalkan prinsip mudah memberi maaf. Pada saya maaf adalah hak peribadi kita. Kalau kita terlalu mudah memberi maaf nilainya jadi rendah. Orang mudah langgar dan minta balik. Di akhirat inilah modal untuk menyelamatkan diri kita. Semua orang yang bermasalah dengan kita perlu cari kita untuk settle. Dah tentu tak boleh settle sebab nak bayar pakai apa? Wang ringgit dah tak ada pada waktu tu dan kalau ada pun saya tak nak. Jadi, semua pahala orang tu akan diberikan pada kita.
Apa falsafah Dr.?
Buat semua perkara dengan suka semua perkara jadi mudah, buat semua perkara dengan menyampah semua perkara jadi susah. Falsafah saya dalam keadilan hanyalah mahkamah akhirat.
Tentulah Dr. di puncak sekarang. Sekarang ternama dan popular. Dr. idola kepada berjuta-juta orang. Dr. seorang yang sangat berjaya dan sangat disenangi ramai. Dr. juga ikon Melayu pada kesungguhan dan kejayaan hidup. Walaupun Dr. graduan external, pencapaian Dr. sukar ditandingi.
Ooo, itu silap. Kejayaan tak boleh diukur begitu. Kejayaan sebenar, bolehkah kita menjadikan diri kita bermanfaat untuk orang lain dan apakah ALLAH redha dengan perbuatan kita. Semuanya kena ukur dengan halal-haram. Walaupun sikit yang kita dapat tapi jika ia halal ia lebih bagus daripada yang banyak tapi haram. Kan gitu?
Mestikah anda belajar satu bidang untuk pandai dalam bidang berkenaan? Bukankah kadang-kadang bakat, kebolehan, kewibawaan dan minat lebih penting dari kelulusan akademik? Berapa ramai mereka yang memiliki kelulusan tertinggi tapi berakhir sebagai orang biasa saja dan berapa ramai yang tiada kelulusan akademik tetapi menjadi orang luar biasa?
Tidak ada manusia yg terlepas daripada ujian, ujian bukan setakat menguji kesabaran malah keIMANAn seseorang, tingkat darjah keIMANan terletak sejauhmana tingkat kesabaran yg berjaya ditempuhi. Banyakkan senyuman ketika ditimpa musibah (susah tu)kata dr fadilah kamsah.Yg pasti bertimbun2 kesenangan akan menanti walaupun bukan hari ini…