Motivasi

SIAPA ORANG LUAR BIASA?

Salam Jumaat, semoga Allah memberkati kehidupan kita;

Perkataan luar biasa maksudnya lebih dari yang biasa, yang ekstreme. Bila seseorang itu melakukan sesuatu, dia melakukannya dengan dua kali ganda kesungguhan, lebih kuat dari yang biasa dilakukan oleh ramai orang.

Lance Armstrong berlatih 6 jam sehari, dari pagi sampai ke tengahari sedangkan atlit lumba basikal yang lain berlatih 2 jam di waktu pagi dan dua jam di waktu petang.

Azizi Ali, membaca lebih 700 buku tentang wang, pengurusan kewangan dan apa saja yang berkaitan dengan jutawan. Bahkan, ada beberapa buku yang dibaca olehnya lebih dari 100 kali. Kebanyakan orang cuma membaca 100-400 buku, tapi Azizi Ali kini dah membaca lebih 700 buah buku!

Ahadiat Akashah, menulis dan menerbitkan lebih 55 buah novel dalam setahun, sedangkan penulis novel lain biasanya menerbitkan 3 novel setahun.

Orang luar biasa senang di kenalpasti. Mereka rajin, sanggup belajar dan sanggup berusaha keras, sanggup menerima kritikan, sanggup bangkit dari kegagalan dan setiap saat, sentiasa bersyukur atas semua yang dikurniakan pada mereka.

Bagaimana Anda menghadapi hari-hari yang lalu dan akan mendatang? Semai nilai-nilai di atas untuk kekal sebagai seorang yang berjaya. Sifat orang luar biasa ada dalam diri Anda!!

BELAJAR DAN TERUS BELAJAR

Orang-orang berjaya dan insan cemerlang takkan berhenti belajar walaupun mereka dah mencapai banyak kejayaan. Mereka memilih untuk menjadi luar biasa, jadi semua yang mereka lakukan lebih dari sekadar perbuatan biasa.

Mengapa mereka boleh melakukan semua itu? Sebab mereka terus menerus belajar.

Mereka belajar bukan sekadar dengan membaca, tetapi mereka mengkaji, memerhati, menganalisa dan membuat. Kesannya, mereka sentiasa jadi yang terbaik dalam apa saja.

Pernahkah Anda jumpa orang macam ini?

Memang ada, cuma hanya sedikit di kalangan kita. Siapa tahu, dia mungkin adalah Anda!

Untuk nak berjaya, kita tak perlu cari kedah baru. Tiru saja gaya orang yang dah berjaya, sikap mereka, pemikiran mereka dan tindakan mereka.

Belajar dan terus menerus belajar adalah sikap yang paling ketara dalam diri mereka. Jika Anda suka belajar dan tekad belajar seumur hidup, Anda ada peluang BESAR untuk berjaya!

 

LANGKAH MEWUJUDKAN KEYAKINAN DIRI

Berikut merupakan 10 langkah yang ringkas ke arah mewujudkan keyakinan diri :-

1. Anggapkan diri anda yang diciptakan oleh Allah adalah sama seperti orang lain.

2. Orang lain boleh buat, kenapa anda tidak boleh buat ?

3. Apa kekurangan/kelemahan yang ada pada diri anda dan baikilah.

4. Jangan takut-takut atau teragak-agak untuk melakukan sesuatu yang positif.

5. Elakkan perasaan malu yang tidak bertempat.

6. Lakukan riadah yang ringan sebelum melakukan sesuatu pekerjaan, ianya sebagai warm up dan dapat mengaktifkan diri seseorang.

7. Kemas diri dan anggapkan diri anda adalah terbaik pada hari itu.

8. Apabila berinteraksi pandang tepat pada muka dan mata orang yang kita sedang berinteraksi dan gunakan sedikit pergerakan tangan untuk menerangkan sesuatu. Jangan terlalu kaku.

9. Apabila memulakan sesuatu tugas jangan memikirkan tentang masalah, tetapi fikirkan tentang hasilan yang akan dapat selepas tugas tersebut.

10. Sentiasa peka terhadap waktu, jangan berlengah-lengah atau bertangguh dalam melaksanakan sesuatu tugas.

INSYALLAH ANDA AKAN DAPAT MENILAI BETAPA BERHARGANYA DIRI ANDA!

SESUNGGUHNYA ANDA ADALAH INSAN YANG MULIA

INSAN YANG MULIA MEMPUNYAI POTENSI

DAN SETIAP POTENSI HARUS DIUSAHA UNTUK MENDAPATKAN HASILNYA

 

 

MUHASABAH DIRI

Semasa asyik membaca, tiba-tiba terjumpalah satu quote yang saya cari selama ini.  Apakah tujuan saya belajar lagi? Memang kita boleh membaca di setiap waktu dan situasi yang berbeza.  Tapi bagi saya, tugasan rutin menyukarkan untuk saya berbuat demikian kerana tugasan tersebut adalah terlalu mencabar..nya orang Brunei…’nda lagi tekain-kain’.  Apabila melangkah kaki di menara gading, terasa alangkah nikmatnya menuntut dan mencari ilmu itu.  Jika saya masih bertugas, kemungkinan besar saya tidak ada peluang untuk ‘menyelongkar’ buku-buku yang ada di library.

Saya petik dari buku yang bertajuk “Pemikiran al-Ghazali Tentang Pendidikan’ :

“Sekiranya tujuan anda mencari ilmu adalah untuk mendapatkan kemuliaan di dunia, bermegah di dunia, untuk mendapat tempat, untuk berasa sombong kepada rakan-rakan anda, rugilah anda.  Tetapi sekiranya tujuan anda mencari ilmu itu adalah untuk mendalami syariat yang diturunkan melalui nabi dan untuk pembersihan diri (nafs ammarah) anda akan dirahmati.” (Hamid Fahmy Zarkasyi 1990:55)

Walaupun ringkas, ia mengandungi makna yang sungguh mendalam.  Fikir-fikirkanlah…innama ‘amalu binniyyaat…

 

KRITIKAN SATU RAHMAT

Setelah 10 tahun meninggalkan ‘alam persekolahan’, terasa kesukaran dalam menyesuaikan diri dalam suasana pembelajaran semula.  Perbezaan belajar di peringkat sarjana muda dan sarjana amat ketara sekali.  “Mind set’ perlu diubah…itulah ‘first statement’ yang diungkapkan oleh Dr Hj Gamal, pensyarah bagi kursus Sejarah dan Falsafah Pendidikan Islam.  Empat minggu pertama, pembentangan makalah yang pertama bagi saya cukup untuk memberikan satu inspirasi baru bagi saya dari ‘kritikan’ pensyarah.  Di sudut yang lain, saya dapat mencari satu jalan penyelesaian untuk mengatasi ‘masalah’ yang saya hadapi iaitu terlalu sensitif.  Salah satu jalan penyelesaian ialah dengan mengamalkan solat hajat,tahajjud, membaca yassin dan ratib al-attas.  Jalan kedua, Allah telah menemukan saya dengan satu blog hamba Allah yang ketika ini sedang melanjutkan pelajaran di peringkat Phd di UK.  Dari blog beliau, saya merasa bersemangat untuk meneruskan perjuangan (jihad) ini. Kita perlu meyakinkan diri sendiri bahawa kita sendiri pun boleh memotivasikan diri kita sendiri.  Kepada awda sekalian, saya rasa tidak adil jika kata-kata semangat yang dilontarkan oleh hamba Allah itu tidak saya kongsikan di sini.  Bagi yang empunya blog, maaf jua saya mohonkan kerana mengongsikan dapatan tersebut di ruangan ini.  Semoga ia menjadi pengajaran dan pendorong dalam meneruskan perjuangan ini..Amin..

Kupasan saya berkenaan tajuk ini ini adalah berdasarkan pengalaman, pemerhatian dan pandangan kemanusiaan saya yang penuh dengan kelemahan dari perspektif seorang bekas penyelia (supervisor) dan yang individu yang diselia (supervisee).

Namun dua syarat asas ini adalah asas yang sangat jelas dan bagi saya tidak boleh dipertikaikan bagi seorang pelajar tanpa keraguan:

1.      Seorang pelajar (yang diselia) seharusnya bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kajian/penyelidikan/projek yang dijalankan. Istilah bertanggungjawab sepenuhnya bagi saya mempunyai nilai-nilai berikut: pelajar wajar berusaha gigih dan sedaya upaya, tidak mudah memberikan alasan-alasan untuk bersikap sambil lewa.

2.      Seorang pelajar perlu berusaha keras, kreatif, sedia dikritik dan tidak mudah berputus asa terhadap apa yang dikemukakan oleh penyelia dan pandangan individu lain. Kreatif merujuk kepada sifat bijak mendapatkan penyelesaian atau mencari jalan keluar terhadap satu-satu masalah berlaku. Misalnya, kajian tersebut memerlukan pelajar menggunakan perisian A tetapi penyelia tidak mahir menggunakannya, maka pelajar mesti mencari jalan keluar untuk belajar dari mana-mana sumber lain dan memastikan dirinya mahir dalam perisian tersebut bagi membolehkan kajian berjalan dengan jayanya. Sedia dikritik dan tidak mudah berputus asa pula merujuk kepada keterbukaan terhadap pandangan dan komen yang diberikan serta tidak mudah menyerah kalah – pastinya pandangan mereka yang lebih berpengetahuan dan berpengalaman itu bagi memastikan kajian berjalan dengan lancar dan cemerlang.

 

 

SOMETHING TO PONDER

“No matter how hard you may work for success, if your thought is saturated with the fear of failure, it will kill your efforts, neutralize your endeavors, and make success impossible.”

 

 

Kita miliki dua telinga dan satu mulut. Maka, lebihkan mendengar dan kurangkan bercakap.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.